Tuesday, November 18, 2008

Bila Hati Terluka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

“Sungguh! Hati itu anugerah terindah dari Ar-Rahman pada makhluk yg bernama manusia.
Bagi insan hina seperti aku, yang banyak jahil dari tahu, yang banyak alpa dari peka, hanya satu pintaku Ya Allah - Andai esok tiada lagi, biarlah aku pulang dengan hati yang bersih…”

Bila hati terluka, sakitnya hanya yang merasa mampu menghurai. Lagi sanggup menahan hirisan pisau di tangan dari merasa luluh hati terguris. Mengapa hati ini yang perlu merasa itu semua? Sedangkan diri sentiasa berpegang pada prinsip, jaga hati saudaramu. Jangan lukakan hati saudaramu… Apakah itu balasan yang perlu ditanggung dengan berpegang teguh pada prinsip teguh ini? Pemikiran apakah yang sedang menguasai? Hindarilah diri dari hasutan Syaitan yang di rejam…

Ya Allah, andai kesakitan ini mampu menghapuskan dosa-dosa hamba yang lalu, maka hamba redha dengan ujian ini…

Mengapa hati terluka? Mungkin kerana dikhianati? Mungkin kerana penantian yang tiada cerita akhirnya? Mungkin kerana gagal mendapatkan apa yang dipohon? Atau mungkin kerana tiada daya untuk memilih? Diri hanya punya satu pilihan…menanggung pedih, bukan meluahkan…

Bila diri tidak mampu mengeluarkan apa yang terbuku di hati, maka hati sengsara lagi. Hati perlu menanggung beban terbuku tanpa ada keberanian untuk meleburkannya. Hati yang perlu menahan gundah akibat tiada semangat dan kekuatan untuk memberitahu pada dunia. Mengapa diri hilang semangat? Mengapa diri tiada kekuatan? Mengapa diri tiada keberanian? Diri hanya mampu berserah… tawakkal dengan harapan, jihad ini diterimaNya.

Manusia sering bertanya “mengapa”. Tapi manusia juga sering tiada jawapan untuk soalan “mengapa”… Tulah apakah ini… Bila hati terluka… sarat dengan kesakitan yang tidak tertanggung, diri perlu sentiasa ingat…kita hanya hamba yang kerdil, tapi sarat dengan kasih sayang Rabbul Jalil.

Tukarkanlah gulana hati kepada kerinduan syahdu pada Yang Maha Agung. Hati perlu pasrah dengan yakin itu kehendak Yang Maha Berkuasa diiringi dengan suntikan cintaNya. Nanti diri akan merasa, suntikan itu pedih pada awalnya, tapi kemudian nikmat iman yang diri perolehi pasti akan mengubat segala kesengsaraan lalu. InsyaAllah.. Moga dikurniakan Ilahi hadiah dari SyurgaNya yang diidam-idamkan…

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami…
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya…
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya…

Wahai hati…kembalilah pada Yang Esa…Sungguh Ya Rabbi, Ampunkanlah hamba yang tiada sempurna ini...Tetapkanlah hamba sentiasa di jalan lurusMu...Amin

Saturday, November 8, 2008

Kereta....


Kelmarin... pada pukul 5.30 pm... kereta aku mencipta wajah baru lagi....

ntah lah kenapa dan mengapa... akhir2 ini ada saja kereta yg melanggar @ dilanggar oleh aku...

trukkkkkkkkkkkkkknya

Cintaku...


Monday, October 20, 2008

BADDAY!!


Habislah aku, baju pengakap tak siap lagi. Assignment masih on da way, satu pun lom ada yang siap. Kertas ujian murid??? Huh dah lama aku tak marking paper. Kerja-kerja aku lain pun turut terbengkalai. Ntah apa lah yang aku buat, asyik bz menguruskan rumah yang tak terurus je kat kampong. Aku betul-betul dah tak larat. Bukan menyerah kalah, tapi terlalu banyak yang aku fikirkan, jadinya kepala aku serabut, satu keja pun tak siap, masalah semakin bertimbun. Aku rasa nak marah, menangis, ketawa argggghhh.. ntah aper dah…. BADDAY!!!

Pemandu Berhemah!!!!


Syukur Alhamdulillah, aku masih bernafas lagi hari ini. Semalam kat area rumah aku, lebih kurang dlm kul 10.50, tiba2 black-out. Aduh.. dah lah keja aku masih berlambak-lambak lagi. Geram betul. Lepas tue aku dikejutkan dengan bunyi Guntur mcm nak pecah bumbung rumah aku. Aku beristighfar seketika. Ingat nk tunggu lampu hidup, tunggu punya tunggu aku tertidor plak. Pagi tadi dalam perjalanan pegi sekolah barulah aku tau why tiba2 black-ot. Rupanya ada keta langgar tiang letrik sampai tumbang, driver keta tue aku x tau tumbang ke tak. Erm…. Tue mesti mengantuk punya pasal sampai leh terbabas mcm tue… jadi pesanan kepada rakan-rakan dan sesiapa jua yg di luar sana yang membawa kereta berhati-hati ketika memandu. Jangan leka. Kala.u mengantuk singgah kat tepi jalan yang sesuai n tidor jap, lepas tue baru continue u way. Bagi yang naik keta jadik penumpang plak, sentiasa ingatkan pemandu supaya berhati-hati, kalau nak potong jalan, memotong lah dalam keadaan selamat macam aku… HEheheheeh. Jangan amalkan selalu ok. Tidak baik untuk kesihatan. Jadilah pemandu yang mementingkan keselamatan diri sendiri, diri orang lain dan jalan raya jugak… CHECK IT OUT.

Tuesday, October 14, 2008


Kau yang telah pergi
Saat-saat yang terindah
Kurasa takkan pernah ada lagi
Hanya tatapan matamu
Hanya senyuman manismu diwajahmu yang tak akan terlupakan
Kau telah pergi... Tinggalkan maaf yang tak terucap
Dan takkan kembali... Tersimpan kini janjiku di hati....
Kau... Kenangan ku yang terindah....

aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku


selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun aku mampu untuk mengenangmu

darimuku temukan hidupku
bagiku kaulah cinta sejati...

bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan ku jadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku

namun tak kan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah........


Mana Satu Pilihan Hati


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”
Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
.............................
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
.................
read more on http://www.iluvislam.com/

Hanya Cerita


CiNTa..

Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yang ku mau
Tempatkan aku pada satu Peristiwa
Yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sendu matamu penuh tanya
Misteri hidup akan kah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita
Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku berkata
Tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati

Bagai raga tak bernyawa
Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hati yang dulu belayar
Kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia...
Cinta....
Biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagai manapun hidup
Memang hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan


Cinta…..

;;